Saturday, February 23, 2008

The Auction Room, Megan Avenue II

Hari yang dinanti telah tiba. Pagi-pagi lagi aku dah bangun mempersiapkan diri. Malam tadi nak tidur pun tak lena mengenangkan hari ni. Maklumlah, pengalaman pertama. Sebelum bertolak, 2-3 kali aku semak dokumen yang aku nak bawak takut-takut tertinggal pulak. Padahal yang penting, ic dengan bank draft jerr..

Sampai kat tempat yang dituju dalam pukul 10.15 pagi. Aku tengok orang ramai tengah sibuk2 kat depan office Ng Chan Mau & Co tu. Aku ingatkan diaorang sibuk pasal auction.. Rupanya diaorang tengah sibuk makan minum. Laa.. siap ada breakfast free rupanya. Tapi aku terus je ke kaunter registration memandangkan tinggal 15 minit lagi sebelum auction. Masa registration tu, staff kat situ akan tanya lot mana yang kita nak bid & dia akan mintak kita isikan satu registration slip. Lepas tu dia akan mintak ic dan juga bank draft. Kita akan diberikan satu bidding paddle yang mempunyai nombor sebagai identification kita.

Sementara menunggu sesi auction bermula, aku pun pusing-pusing dalam office Ng Chan Mau tu. Nak makan rasa kenyang lagi sebab aku dah breakfast kat rumah tadi. Aku tengok ada banyak brochure untuk lelongan akan datang. Sekejap aku masuk auction room, kejap aku keluar hehe… Memang tak senang duduk aku dibuatnya.

Auction start lewat sikit dalam pukul 10.45. Aku ingatkan lambat la aku punya turn pasal rumah yang aku nak bid ni pun nombor 65. Tapi start auction je terus lot nombor 54. Rupanya lot 1 hingga 53 akan dilelong oleh Federal Auctioneers selepas habis lelongan Ng Chan Mau. Persaingan untuk lot 54 tu agak hebat jugak. Dari reserved price RM 40k, harga bid terakhir RM 74k. Jauh betul bezanya. Aku pun tertanya-tanya macam mana la nasib aku nanti. Dapat ke tidak. Aku kalau nak bid pun maksimum RM 55k je dari reserved price RM 49.5k tu.

Lepas lot 54 tu, terus ke lot 60. Sebab lot lain takde registered bidder. Lot 60 tu pulak dapat reserved price. Alamak, aku dah kena get ready ni, silap-silap lepas ni terus ke lot aku. Heh.. memang betul pun. Lepas tu terus ke lot aku.. lot 65… jeng.. jeng.. jeng

Sampai je ke lot 65, aku tengok kat screen tu ada satu je bidder. Bidder nombor 29… aku ler tu. Then, pelelong tu umumkan bahawa untuk lot 65 ni hanya ada satu registered bidder iaitu bidder 29. Dia siap sebut nama aku lagi. So, aku pun angkat tangan tanda aku ada kat situ. Pelelong tu umumkan aku dapat reserved price… yahooo…

Aku punyalah seronok sebab dalam percubaan pertama aku dalam lelongan hartanah ni, aku terus dapat reserved price. Tak perlu nak lawan-lawan bid. Hehe seronoknya. Lepas tu aku tak terus keluar, aku tunggu sampai lelongan tu habis. Tak lama pun sebab banyak properties yang takde bidder.
Lepas tu, aku keluar dan terus ke kaunter registration tadi. Staff kat situ mintak aku sign pada contract. Dia kata aku boleh ambil aku punya Memorandum of Contract hari Isnin lepas pukul 2.00 petang.

Selesai je sign, aku pun rasa lega giler… hilang segala debaran sebelum ni. Sebelum balik tu aku pekena dulu teh tarik dan kuih free yang disediakan caterer kat depan office Ng Chan Mau tu. Sebelum auction tadi memang takde selera langsung. Abih auction terus laa perut terasa kosong hehe…

So kat sini aku letakkan la beberapa gambar yang sempat aku ambik. Nak ambik banyak-banyak kang takut orang suspicious pulak…


9 comments:

Anonymous said...

Tahniah dapat rumah.. mesti lepas ni ko akan rasa ketagih nak bid rumah lagik.. hehehhee

KaiserKhairi said...

terimakasih.. aku harapkan ini adalah satu permulaan yang baik untuk aku.. target untuk tahun ni dapatkan sebuah rumah lelong dah tercapai..

Anonymous said...

Salam Khairi

Tqvm for the sharing of experience. I did try to bid one good house at bangi, tapi bila tau ada syarat 90 hari tu, terus tak jadi. Sebabnya, I ni freelance, slip gaji harap yang hubby prepare based on monthly allowance yang dia bagi. So, I takut loan tak approved, burn je 10% tu. Lagi satu, sebab I went thru broker. So, kalau successful, broker charge 2%. Tu yang fikir nye fikir, baik try bid sendiri nanti, bila dah ada cukup duit utk cover possibilty loan tak approve tu. Anyway, very good info to share from you. At least I dapat prepare myself for next trial. Wasalam.

agent hartanah said...

saya mmg tgh crik nk bli rumah lelong...
mcm mane kiter nk dptkn maklumat tentg bil2 yg da tertungak?

KaiserKhairi said...

kalau rumah tu kosong tiada penghuni, check kat post box dia... mesti ada bil-bil utility kat dalam tu... tengoklah kat situ berapa amaun tertunggak...

Hunny said...

Salam,
Saya teringin nak cari rumah.Kat mana nak usha auction listing? email pls farhaniyaakob at gmail.com tq

Anonymous said...

Breakfast tu halal ke? he he he

Anonymous said...

salam.. mcm mana nak p bid sendiri sbb sy tak tau kat mana tmpt auction tu? sy tau rumah lelong tu pon melalui iklan kat tiang lampu.. huhuhuhu

email jwpn kat email sy
nizamo_lie@yahoo.com

TQ

Anonymous said...

Sgt suka baca entri awk yg lurus.. telus n ikhlas.. awk nye feel yg excited bt sy pn rasa excited n x blh tdo. Mudah2an entri awk mberi peluang n mbuka rezeki utk kaum melayu khususnya utk dptkan umh utk tgl dan bt aset. Ramai x tau cara nak beli.. dan ramai x bkemampuan nak beli umah. Jd cara ni blh bantu kbnykn org yg x mmpu. Hrp dpt cite lbh panjang ttg cara nak tgk dr mula lg utk beli umah lelong