Tuesday, February 19, 2008

Langkah Pertama

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mencari rumah-rumah yang bakal dilelong oleh pihak bank. Kebetulan pulak masa aku pergi bank CIMB baru-baru ni, aku dapat satu brochure CIMB Mega Auction yang akan di adakan pada 23hb February 2008.

Yang bestnya CIMB Mega Auction ni, deposit yang perlu kita sediakan 5% sahaja daripada harga rumah yang kita nak bid tu. Biasanya kalau lain-lain bank deposit yang kita sediakan ialah 10%. Selak punya selak brochure tu, aku tak jumpa satu pun property yang berkenan di hati. So nampaknya aku kena cari rumah melalui sumber-sumber yang lain pulak. Ada banyak sebenarnya cara-cara nak cari rumah yang akan dilelong. Antaranya :


[1] Brochure Bank
Biasanya bank yang ada keluarkan brochure ni CIMB Bank dengan RHB Bank. Bank-bank lain aku tak perasan sangat. Biasanya dalam 2-3 minggu sebelum tarikh lelongan diaorang dah start edarkan brochure ni kat bank-bank. Kalau pergi bank tu cubalah jenguk-jenguk kalau ada brochure lelongan rumah. Biasanya diaorang buat dalam bentuk buku nipis.


[2] Iklan dalam surat khabar
Iklan Lelongan Awam ni selalu jugak keluar kat dalam surat khabar. So daripada iklan ni, korang boleh la survey mana-mana property yang berpotensi untuk dibeli.

[3] Notis
Korang selalu tak nampak iklan-iklan yang ditampal kat tepi-tepi jalan, tiang-tiang lampu & dinding-dinding koridor/lobby (apartment/flat). Biasanya perkataan paling besar dia tulis ‘Bank Lelong’. Biasanya diaorang letak iklan ni kat area-area rumah yang nak dilelong tu jugak.

[4] Internet
Aku lebih suka cara ni sebab mudah, cepat dan banyak maklumat yang aku akan dapat berkaitan dengan rumah yang nak di lelong. Korang boleh tengok laman web bank atau pun laman web syarikat pelelong hartanah yang mengendalikan lelongan tersebut. Antaranya :

Laman Web Bank :

Laman Web Syarikat Pelelong Hartanah :

Sebenarnya banyak lagi website yang boleh korang refer berkenaan dengan lelongan hartanah ni. Aku sendiri tak larat nak listkan. Apa yang aku listkan ni adalah website yang selalu aku jadikan sumber carian.

Kepada kawan-kawan yang berminat nak involve dalam membeli hartanah secara lelong ni, aku ucapkan selamat mencari property yang sesuai mengikut kehendak korang. Happy hunting !!!

No comments: