Friday, February 22, 2008

Persiapan Sebelum Hari Lelongan

Apabila kita dah decide nak bid sesebuah property tertentu, masih ada 2 perkara penting yang mesti dilakukan.

[1] Telefon Pelelong
Korang kena contact dulu pelelong hartanah tersebut. Dalam kes rumah yang aku nak bid ni aku contact Ng Chan Mau & Co. Kena tanya dulu sama ada hartanah yang kita nak bid tu masih dibuka untuk lelongan atau tidak. Banyak kes hartanah yang ditarik balik dari lelongan (withdrawn) pada saat-saat akhir. Baik confirmkan dulu kalau tak tu buang masa & tenaga je pergi pada hari auction tu nanti.

Kena semak juga dengan pelelong sama ada property tersebut dibuka kepada semua atau untuk bumiputera sahaja. Bagi property bumiputera, saingan semasa lelongan memang kurang tetapi kita kena ingat, suatu hari nanti kalau kita nak jual property tersebut, kita hanya boleh jual kepada bumiputera sahaja. So, pasaran agak kecil jika dibandingan dengan property yang tiada restriction bumiputera.
Perlu juga semak jika ada income restriction bagi membida property tersebut. Biasanya yang ada income restriction ni ialah property dbkl. Kalau tak salah, pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

[2] Bank Draft
Bila dah confirm dengan pelelong & kita telah berpuas hati dengan segala penerangan pelelong, maka langkah terakhir sebelum tibanya hari lelongan ialah menyediakan bank draft. Bank draft @ Banker’s Cheque ni boleh dibuat dari mana-mana bank & kita akan dikenakan sedikit caj dari pihak bank. Dalam kes aku ni, bank draft aku berjumlah RM 4,950 dan bank caj aku sebanyak RM 2.50. Pastikan nama Assignee (nama bank yang melelong) tu betul. Jangan salah pulak. Kalau salah tak boleh nak masuk bid.

Kalau semuanya dah sedia & berjalan lancer, so kita tunggu sehingga tibanya hari lelongan yang dinanti. Pastikan ic & bank draft tak tertinggal kat rumah pulak… Ini adalah bank draft yang dah aku sediakan untuk auction pada 23/02/2008 nanti…

7 comments:

Syida said...

tumpang tanya

Camne kita nak tau amount draf yang perlu disediakan?

KaiserKhairi said...

Amount draf yang perlu disediakan ialah 10% atau 5% daripada harga reserved. Semak iklan lelongan atau proclamation of sale. Kat situ ada dinyatakan.

Fadly said...

andai kata kita gagal bidding, ape jadi pada deposit kita. hangus atau dipulangkan ? Tq

KaiserKhairi said...

sudah tentu dipulangkan...

pooikheng said...

berapa lama nak tunggu bank draft siap? contohnya pagi tu pergi bank nak minta buat bank draf, pagi tu jugak siap ke? thanks for answering.

Admin Buat-Duit-Lumayan said...

Bro. Bole bg no fon x.

Admin Buat-Duit-Lumayan said...
This comment has been removed by the author.