Monday, February 18, 2008

Perkongsian Pengalaman

Salam sejahtera untuk semua,

Ini adalah post pertama aku untuk blog ni. Dalam blog ni, aku nak berkongsi pengalaman pertama yang akan aku lalui dalam proses nak membeli rumah lelong. Untuk pengetahuan semua, aku belum pernah menyertai mana-mana acara lelongan rumah sebelum ini & inilah pengalaman pertama aku yang aku akan kongsi dengan korang semua. So, diharapkan pengalaman yang akan aku lalui ini akan menjadi panduan kepada semua yang mungkin berminat untuk membeli rumah lelong tetapi tak tahu macam mana nak mula.

Aku banyak dapat pengetahuan mengenai lelongan rumah ni daripada laman web www.bicarajutawan.com & juga blog www.pie2020.com. Hasil daripada pembacaan aku kat 2 website inilah yang menyedarkan aku bahawa salah satu cara terbaik untuk mendapatkan pulangan dalam properties investment adalah dengan cara menyertai lelongan rumah. Cuma perlu tahu strategi-strategi tertentu bagi memastikan pelaburan yang kita buat tu akan memberikan pulangan yang baik satu hari nanti.

Aku dah menetapkan target aku dalam tahun 2008 ni, aku nak beli sebuah rumah melalui lelongan bank. Harga rumah tu dalam lingkungan RM 50,000 hingga RM 70,000. Memang harga ni sahajalah yang aku mampu buat masa ni. Memandangkan aku masih lagi pada tahap ‘beginner’ dalam soal ni, so aku rasa target aku ni bersesuaianlah dengan kedudukan kewangan aku buat masa ni.

So, langkah pertama yang aku perlu lakukan ialah mencari rumah-rumah yang nak di lelong oleh bank melalui internet, brochure bank & juga surat khabar. Memandangkan sekarang ni zaman ICT, aku rasa cara terbaik ialah dengan membuat carian di internet. Aku akan berkongsi pengalaman aku seterusnya dalam mencari rumah yang terbaik untuk aku bid dalam lelongan nanti.

1 comment:

Anonymous said...

saya nak bertanya, saya ada minat satu rumah yang telah pun dilelong oleh bank, tapi sampai sekarang ni saya tunggu nak dilelong tapi tak jugak di lelong, soalan saya boleh ker saya gi terus ke pihak bank untuk beli rumah tu?