Tuesday, February 26, 2008

Memorandum of Sale@Contract



Hari ni aku ke pejabat Ng Chan Mau & Associates untuk ambik aku punya contract. Aku pun selama ini tak pernah tahu macam mana rupanya contract beli rumah lelong. Rupanya contract tu hanyalah sekeping kertas yang mencatatkan Memorandum of Sale bagi menyatakan secara rasminya aku telah berjaya membeli property tersebut di dalam lelongan.

Turut dinyatakan dalam contract tersebut, harga rumah tersebut, berapa deposit yang telah aku bayar serta baki harga rumah yang aku perlu jelaskan. Lepas tu ada tandatangan aku, lawyer bagi pihak bank & juga pelelong. Oleh kerana contract ni di binding sekali dengan Proclamation of Sale dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina & Tamil, maka ia jadilah seperti sebuah buku seperti Sales & Purchase Agreement.

Dengan adanya contract kat tangan aku sekarang ni, maka pemburuan aku untuk mendapatkan housing loan yang terbaik telah bermula. Aku jugak kena cari lawyer firm untuk menguruskan segala urusan pindah milik nanti.

Monday, February 25, 2008

Komen@Pendapat@Pertanyaan

Kepada rakan-rakan & pembaca blog ini, komen & pendapat daripada korang semua adalah sangat-sangat dialu-alukan. Kepada mereka yang pernah menyertai lelongan hartanah, perkongsian pengalaman anda di blog aku yang tak seberapa ini juga adalah sangat-sangat dihargai. Kalau ada pertanyaan berkaitan dengan acara lelongan pun, boleh isikan pada ruangan comment.

Kalau nak e-mail aku pun boleh, ini e-mail address aku :
wankhairi@yahoo.co.uk

A Winner Never Quit, A Quiter Never Win

Saturday, February 23, 2008

The Auction Room, Megan Avenue II

Hari yang dinanti telah tiba. Pagi-pagi lagi aku dah bangun mempersiapkan diri. Malam tadi nak tidur pun tak lena mengenangkan hari ni. Maklumlah, pengalaman pertama. Sebelum bertolak, 2-3 kali aku semak dokumen yang aku nak bawak takut-takut tertinggal pulak. Padahal yang penting, ic dengan bank draft jerr..

Sampai kat tempat yang dituju dalam pukul 10.15 pagi. Aku tengok orang ramai tengah sibuk2 kat depan office Ng Chan Mau & Co tu. Aku ingatkan diaorang sibuk pasal auction.. Rupanya diaorang tengah sibuk makan minum. Laa.. siap ada breakfast free rupanya. Tapi aku terus je ke kaunter registration memandangkan tinggal 15 minit lagi sebelum auction. Masa registration tu, staff kat situ akan tanya lot mana yang kita nak bid & dia akan mintak kita isikan satu registration slip. Lepas tu dia akan mintak ic dan juga bank draft. Kita akan diberikan satu bidding paddle yang mempunyai nombor sebagai identification kita.

Sementara menunggu sesi auction bermula, aku pun pusing-pusing dalam office Ng Chan Mau tu. Nak makan rasa kenyang lagi sebab aku dah breakfast kat rumah tadi. Aku tengok ada banyak brochure untuk lelongan akan datang. Sekejap aku masuk auction room, kejap aku keluar hehe… Memang tak senang duduk aku dibuatnya.

Auction start lewat sikit dalam pukul 10.45. Aku ingatkan lambat la aku punya turn pasal rumah yang aku nak bid ni pun nombor 65. Tapi start auction je terus lot nombor 54. Rupanya lot 1 hingga 53 akan dilelong oleh Federal Auctioneers selepas habis lelongan Ng Chan Mau. Persaingan untuk lot 54 tu agak hebat jugak. Dari reserved price RM 40k, harga bid terakhir RM 74k. Jauh betul bezanya. Aku pun tertanya-tanya macam mana la nasib aku nanti. Dapat ke tidak. Aku kalau nak bid pun maksimum RM 55k je dari reserved price RM 49.5k tu.

Lepas lot 54 tu, terus ke lot 60. Sebab lot lain takde registered bidder. Lot 60 tu pulak dapat reserved price. Alamak, aku dah kena get ready ni, silap-silap lepas ni terus ke lot aku. Heh.. memang betul pun. Lepas tu terus ke lot aku.. lot 65… jeng.. jeng.. jeng

Sampai je ke lot 65, aku tengok kat screen tu ada satu je bidder. Bidder nombor 29… aku ler tu. Then, pelelong tu umumkan bahawa untuk lot 65 ni hanya ada satu registered bidder iaitu bidder 29. Dia siap sebut nama aku lagi. So, aku pun angkat tangan tanda aku ada kat situ. Pelelong tu umumkan aku dapat reserved price… yahooo…

Aku punyalah seronok sebab dalam percubaan pertama aku dalam lelongan hartanah ni, aku terus dapat reserved price. Tak perlu nak lawan-lawan bid. Hehe seronoknya. Lepas tu aku tak terus keluar, aku tunggu sampai lelongan tu habis. Tak lama pun sebab banyak properties yang takde bidder.
Lepas tu, aku keluar dan terus ke kaunter registration tadi. Staff kat situ mintak aku sign pada contract. Dia kata aku boleh ambil aku punya Memorandum of Contract hari Isnin lepas pukul 2.00 petang.

Selesai je sign, aku pun rasa lega giler… hilang segala debaran sebelum ni. Sebelum balik tu aku pekena dulu teh tarik dan kuih free yang disediakan caterer kat depan office Ng Chan Mau tu. Sebelum auction tadi memang takde selera langsung. Abih auction terus laa perut terasa kosong hehe…

So kat sini aku letakkan la beberapa gambar yang sempat aku ambik. Nak ambik banyak-banyak kang takut orang suspicious pulak…


Friday, February 22, 2008

Persiapan Sebelum Hari Lelongan

Apabila kita dah decide nak bid sesebuah property tertentu, masih ada 2 perkara penting yang mesti dilakukan.

[1] Telefon Pelelong
Korang kena contact dulu pelelong hartanah tersebut. Dalam kes rumah yang aku nak bid ni aku contact Ng Chan Mau & Co. Kena tanya dulu sama ada hartanah yang kita nak bid tu masih dibuka untuk lelongan atau tidak. Banyak kes hartanah yang ditarik balik dari lelongan (withdrawn) pada saat-saat akhir. Baik confirmkan dulu kalau tak tu buang masa & tenaga je pergi pada hari auction tu nanti.

Kena semak juga dengan pelelong sama ada property tersebut dibuka kepada semua atau untuk bumiputera sahaja. Bagi property bumiputera, saingan semasa lelongan memang kurang tetapi kita kena ingat, suatu hari nanti kalau kita nak jual property tersebut, kita hanya boleh jual kepada bumiputera sahaja. So, pasaran agak kecil jika dibandingan dengan property yang tiada restriction bumiputera.
Perlu juga semak jika ada income restriction bagi membida property tersebut. Biasanya yang ada income restriction ni ialah property dbkl. Kalau tak salah, pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

[2] Bank Draft
Bila dah confirm dengan pelelong & kita telah berpuas hati dengan segala penerangan pelelong, maka langkah terakhir sebelum tibanya hari lelongan ialah menyediakan bank draft. Bank draft @ Banker’s Cheque ni boleh dibuat dari mana-mana bank & kita akan dikenakan sedikit caj dari pihak bank. Dalam kes aku ni, bank draft aku berjumlah RM 4,950 dan bank caj aku sebanyak RM 2.50. Pastikan nama Assignee (nama bank yang melelong) tu betul. Jangan salah pulak. Kalau salah tak boleh nak masuk bid.

Kalau semuanya dah sedia & berjalan lancer, so kita tunggu sehingga tibanya hari lelongan yang dinanti. Pastikan ic & bank draft tak tertinggal kat rumah pulak… Ini adalah bank draft yang dah aku sediakan untuk auction pada 23/02/2008 nanti…

Thursday, February 21, 2008

Survey : Rampai Idaman, Prima Damansara.



Tingkat : 1
Built-Up : 650 sf
Bilik : 3
Reserved Price : RM 49,500
Sumber :
http://www.ngchanmau.com/
Auction Date : 23 Febuari 2008

Lepas tengok rumah di Flora Damansara tu, aku terus ke Prima Damansara pulak. Nama flat ni Rumah Pangsa Rampai Idaman. Berdekatan dengan Damansara Damai.

Dari segi location, aku rasa 50-50 jer. Nak kata bagus sangat tak juga sebab agak jauh dari KL. Nak kata tak bagus pun tak boleh gak sebab kawasan ni ada potensi lagi nak berkembang. Construction membesarkan jalan kat jalan Sungai Buloh tu pun dah siap. Kalau masa tengah construction dulu, area ni memang jam giler pagi dan petang. Tapi sekarang dah ok, jalan cantik siap ada flyover nak ke Damansara Damai & u-turn sekali.

Sampai je kat kawasan rumah tu, aku dah start berkenan dah. Bukannya apa, nak parking senang. Banyak parking lot dan tak perlulah nak blocking keta orang. Bagi orang yang berkereta, antara faktor yang biasanya diambil kira masa nak beli/sewa rumah adalah parking lot. Bukannya apa, kengkadang parking punya pasal pun boleh sampai gaduh-gaduh. So, kat Rampai Idaman ni aku rasa pasal parking tak ada masalah sangat dah.

Aku pun terus ke blok D dan naik ke tingkat 1. Aku tengok rumah tu macam berpenghuni je. Dah ada grill & siap bermangga. Kebetulan jiran sebelah rumah tu ada, aku pun tanya lah sikit sebanyak pasal rumah tu. Menurut makcik tu, rumah tu dah pernah lelong sebelum ni. Tapi tak ada orang yang masuk bid. Reserved price dulu RM 55,000. Makcik tu cakap lagi, rumah tu ada orang duduk menyewa sekarang. Tapi dah nak pindah tak lama lagi pasal dia dah beli rumah kat ground floor melalui lelong gak dengan harga RM 64k.

Menurut makcik tu lagi, dia sewa kat situ RM 300. Hmm… RM 300 tu aku rasa okeylah. Sebab, katakan aku dapat rumah ni dengan harga RM 50k, loan aku dalam RM 45k, so bayar bulan-bulan pun dalam lingkungan tu jugak. Cuma aku lupa nak tanya, maintenance fee dia bayar sendiri atau tuan rumah yang bayarkan.

Aku rasa aku dah berkenan sangat dengan rumah ni. Selain dari faktor parking tu, kedudukan rumah ni kat tingkat 1 tu pun memainkan peranan jugak. Tak perlulah nak panjat tangga tinggi-tinggi. Selain tu, kawasan ni tak crowded sangat. Kedai-kedai pun ada banyak yang bukak. Dari kawasan ni kalau nak ke lebuhraya NKVE tu tak sampai pun 5 minit ikut plaza tol Sungai Buloh. Lagi satu faktor penting, reserved price rumah ni RM 49.5k sahaja. Maknanya aku cuma perlu keluarkan RM 4,950 je untuk 10% deposit masa nak masuk bid tu nanti. Aku pun bukannya ada duit sangat. Sesuailah dengan budget yang aku ada. So, aku pun terus ambik keputusan nak bid rumah ni nanti. Inilah rumah yang akan memberikan pengalaman pertama aku dalam lelongan hartanah ni…. Semoga berjaya…

Wednesday, February 20, 2008

Survey : Flora Damansara, Bandar Damansara Perdana

Serba sedikit info mengenai property ni :


Tingkat : 8 (Corner Unit)
Reserved Price : RM 65,000
Built-Up : 650 sf
Bilik : 3
Sumber :
www.ngchanmau.com
Auction Date : 23 Febuari 2008


Rumah pertama yang aku survey. Aku tertarik untuk buat survey sebab selalu nampak apartment ni bila aku lalu kat tol lebuhraya LDP tu. Lokasi bagi aku menarik sebab kawasan Damansara Perdana ni sebenarnya boleh dianggap kawasan separuh elit. Kalau tak salah aku Flora Damansara ni satu-satunya apartment kos rendah dalam Damansara Perdana. Yang lain semuanya kondominium mewah & medium cost. View kawasan ni cantik sebab dia terletak di lereng bukit. Betul-betul kat tepi highway LDP. Rumah yang aku survey ni dia punya view siap nampak dengan jelas higway & tol LDP.


Kebaikan :
· Corner unit, ada 1 tingkap extra kat bahagian tepi.
· Ada lif, tingkat tinggi pun tak ada masalah.
· Rumah kosong, lepas menang bid boleh terus masuk rumah.
· Lokasi strategik, dekat dgn Tesco, Ikea, The Curve, Ikano & One Utama.
· Banyak kedai-kedai kat ground floor.

Keburukan :
· Parking tak cukup
· Potensi untuk sewa tak pasti, sebab banyak lagi rumah yang kosong.
· Kawasan lobby dijadikan tempat letak motosikal.
· Hanya ada 1 jalan masuk sahaja ke kawasan ni, so pagi-pagi tu mungkin jam.
· Rumah ni aku rasa memang dalam keadaan asal (original condition), so kena keluar duit lah sikit nanti nak pasang grill dan sebagainya.


So, daripada pemerhatian aku, aku rasa okey jugak kalau nak bid rumah ni. Ada potensi. Nilai hartanah kat kawasan Damansara Perdana ni pun setau aku makin meningkat. Cuma ada beberapa faktor seperti yang aku senaraikan di atas tu perlu diambilkira & dibuat pertimbangan. Aku pun tak buat keputusan lagi sebab masih ada satu rumah aku nak survey selepas ni.




Tuesday, February 19, 2008

Langkah Pertama

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mencari rumah-rumah yang bakal dilelong oleh pihak bank. Kebetulan pulak masa aku pergi bank CIMB baru-baru ni, aku dapat satu brochure CIMB Mega Auction yang akan di adakan pada 23hb February 2008.

Yang bestnya CIMB Mega Auction ni, deposit yang perlu kita sediakan 5% sahaja daripada harga rumah yang kita nak bid tu. Biasanya kalau lain-lain bank deposit yang kita sediakan ialah 10%. Selak punya selak brochure tu, aku tak jumpa satu pun property yang berkenan di hati. So nampaknya aku kena cari rumah melalui sumber-sumber yang lain pulak. Ada banyak sebenarnya cara-cara nak cari rumah yang akan dilelong. Antaranya :


[1] Brochure Bank
Biasanya bank yang ada keluarkan brochure ni CIMB Bank dengan RHB Bank. Bank-bank lain aku tak perasan sangat. Biasanya dalam 2-3 minggu sebelum tarikh lelongan diaorang dah start edarkan brochure ni kat bank-bank. Kalau pergi bank tu cubalah jenguk-jenguk kalau ada brochure lelongan rumah. Biasanya diaorang buat dalam bentuk buku nipis.


[2] Iklan dalam surat khabar
Iklan Lelongan Awam ni selalu jugak keluar kat dalam surat khabar. So daripada iklan ni, korang boleh la survey mana-mana property yang berpotensi untuk dibeli.

[3] Notis
Korang selalu tak nampak iklan-iklan yang ditampal kat tepi-tepi jalan, tiang-tiang lampu & dinding-dinding koridor/lobby (apartment/flat). Biasanya perkataan paling besar dia tulis ‘Bank Lelong’. Biasanya diaorang letak iklan ni kat area-area rumah yang nak dilelong tu jugak.

[4] Internet
Aku lebih suka cara ni sebab mudah, cepat dan banyak maklumat yang aku akan dapat berkaitan dengan rumah yang nak di lelong. Korang boleh tengok laman web bank atau pun laman web syarikat pelelong hartanah yang mengendalikan lelongan tersebut. Antaranya :

Laman Web Bank :

Laman Web Syarikat Pelelong Hartanah :

Sebenarnya banyak lagi website yang boleh korang refer berkenaan dengan lelongan hartanah ni. Aku sendiri tak larat nak listkan. Apa yang aku listkan ni adalah website yang selalu aku jadikan sumber carian.

Kepada kawan-kawan yang berminat nak involve dalam membeli hartanah secara lelong ni, aku ucapkan selamat mencari property yang sesuai mengikut kehendak korang. Happy hunting !!!

Monday, February 18, 2008

Perkongsian Pengalaman

Salam sejahtera untuk semua,

Ini adalah post pertama aku untuk blog ni. Dalam blog ni, aku nak berkongsi pengalaman pertama yang akan aku lalui dalam proses nak membeli rumah lelong. Untuk pengetahuan semua, aku belum pernah menyertai mana-mana acara lelongan rumah sebelum ini & inilah pengalaman pertama aku yang aku akan kongsi dengan korang semua. So, diharapkan pengalaman yang akan aku lalui ini akan menjadi panduan kepada semua yang mungkin berminat untuk membeli rumah lelong tetapi tak tahu macam mana nak mula.

Aku banyak dapat pengetahuan mengenai lelongan rumah ni daripada laman web www.bicarajutawan.com & juga blog www.pie2020.com. Hasil daripada pembacaan aku kat 2 website inilah yang menyedarkan aku bahawa salah satu cara terbaik untuk mendapatkan pulangan dalam properties investment adalah dengan cara menyertai lelongan rumah. Cuma perlu tahu strategi-strategi tertentu bagi memastikan pelaburan yang kita buat tu akan memberikan pulangan yang baik satu hari nanti.

Aku dah menetapkan target aku dalam tahun 2008 ni, aku nak beli sebuah rumah melalui lelongan bank. Harga rumah tu dalam lingkungan RM 50,000 hingga RM 70,000. Memang harga ni sahajalah yang aku mampu buat masa ni. Memandangkan aku masih lagi pada tahap ‘beginner’ dalam soal ni, so aku rasa target aku ni bersesuaianlah dengan kedudukan kewangan aku buat masa ni.

So, langkah pertama yang aku perlu lakukan ialah mencari rumah-rumah yang nak di lelong oleh bank melalui internet, brochure bank & juga surat khabar. Memandangkan sekarang ni zaman ICT, aku rasa cara terbaik ialah dengan membuat carian di internet. Aku akan berkongsi pengalaman aku seterusnya dalam mencari rumah yang terbaik untuk aku bid dalam lelongan nanti.