Tuesday, March 4, 2008

Housing Loan Punya Cerita

Aku sekarang ni tengah tunggu result application loan aku dengan CIMB Bank. Mula-mula tu aku nak buat dengan EON Bank, tetapi aku tak puas hati langsung dengan layanan diberikan. Hari Selasa, 27/02/08 lepas aku ke EON Bank cawangan Sri Hartamas nak tanya pasal housing loan. Saje je aku nak buat dengan EON Bank sebab previous owner pun buat loan dengan EON Bank. So, untuk lebih memudahkan pihak bank nanti, aku decide nak buat loan dengan EON Bank jugak.

Sampai je kat situ dalam pukul 1.15 petang, staff yang bertugas tu kata, person in-charge pasal housing loan takde. So, dia bagi contact number person in-charge tersebut. Nama dia Mandy. Aku pun hairan gak tak kan takde staff lain yang boleh assist aku pasal housing loan nie. Aku pun kata takpelah, nanti aku balik office aku contact si Mandy ni.

Dalam pukul 2.30, aku call EON Bank Sri Hartamas nak bercakap dengan si Mandy ni. Dia memang ada tapi dia kata time tu dia kat bahagian customer service. So, tak boleh nak entertain aku. Dia mintak aku call semula dalam pukul 4.00 petang. Oklah aku kata, nanti aku call balik.

Dalam pukul 4.30 petang, sekali lagi aku call. Kali ni lain pulak ceritanya. Si Mandy ni tengah online dengan JPJ pulak. Dia kata baru lepas kena saman. Dia tanya aku ‘ pukul berapa you berambus dari office?’. Ewahh, berambus dia cakap. Cantik betul bahasa amoi ni. Macam ni dia cakap dengan customer. Dia ambik nombor phone aku & bagitau aku yang dia akan call aku semula dalam 10 minit. Aku pun bagi, tapi sampai keesokan harinya, hampeh dia tak call.

Aku pelik betullah perangai dia nie. Orang nak bagi bussines kat dia, dia pulak buat macam kita ni yang menagih pertolongan dari dia pulak. Aku pun kata dalam hati, kalau macam nilah, baik tak payah. Lebih baik aku pi cari bank lain. Aku pun ke CIMB Bank Cawangan Jalan Duta. Mintak explaination dan ambik borang application terus. Bagus je dia assist aku, nama dia En. Zulkifli. Dah la bank ni dekat, time tengah kerja pun aku boleh pegi. Jalan kaki je sebab bank ni ada kat dalam kompleks office aku.

Jumaat, 29/02/08, aku hantar application aku kat En. Zulkifli CIMB Bank Jalan Duta tu. Dia check dokumen aku, semuanya complete & dia kata dalam 5 working days mungkin dah boleh tahu sama loan lulus atau tidak. Kena buat semakan dengan Bank Negara dulu pasal aku punya kredit. So sekarang ni aku tengah tunggu result loan aku laa. Minggu depan, lepas pilihanraya dah boleh tau. So, aku harapkan loan aku ni tak ada masalah la. Kalau dah lulus nanti, boleh proceed dengan urusan pindahmilik pulak.

4 comments:

BlogMaster said...

Salam..
Hehehe.. biasa la tu.. kena banyak bersabar.. thanks visit aku nya blog.. tahun ni aku masih dalam perancangan nak settlekan hutang and saving dulu.. nanti dah cukup modal baru leh go to the next step..

dak^penang said...

ko boleh wak kuar duit dari EPF acc 2. Kelayakkan yang ko leh wak kuar Housing Price-Loan(MRTA EPF tak cover)+10%housing Price=Jumlah kelayakkan ko boleh wak kuar.

su_zul said...

salam.
terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu dalam blog ni.

Saya dimaklumkan oleh ejen hartanah, kalau nak dapatkan loan bank untuk rumah lelong, public bank akan uruskan lebih cepat. tak sampai 10hari.

duit epf boleh dikeluarkan, tapi perlu dapatkan bank loan dulu.

Azzahairi said...

Terima kasih atas info. Sebelum beli rumah lelong kena plan betul-betul, kena tahu harga semasa rumah takut kena tipu. Rajin-rajin baca Tips Sebelum Beli Rumah Lelong.